Tarikh : 11 APRIL 2026
Mesyuarat Agung PIBG & Sambutan Hari Raya Perdana
Alhamdulillah pada hari ini telah berlansungnya Mesyuarat Agung PIBG dan juga Sambutan Hari Raya Perdana. Suasana sangat meriah dengan kehadiran ibubapa yang sangat memberansangkan. Ditambah pula dengan kehadiran YB Datuk Hj. Rais bin Datuk Wira Yasin, Adun Paya Rumput yang telah menyantuni warga SKC. Majlis juga bertambah seri dengan kehadiran Guru besar sekolah berhampiran dan juga bekas pelajar SK Cheng.
Terimakasih para ibubapa yang telah menyumbang pelbagai juadah istimewa, pihak kantin yang telah menyumbang 3 jenis air balang, PIBG yang menyumbang roti canai juga kelab guru & staff SKC yang menyumbang baby cakoi.
Tahniah pada Jawatankuasa PIBG sesi 2026/2027 yang baru dilantik. Semoga komited dengan amanah yang diberi demi meningkatkan kecemerlangan sekolah.